Mengapa Melabur



Kebanyakkan daripada kita tidak mengamalkan budaya menyimpan terlebih dahulu menjadi salah satu punca utama masalah kewangan. Adalah amat penting untuk menanam sikap ini kerana kita tidak pasti apa kekangan kewangan yang bakal berlaku





Sesuatu perkara memang kita tidak dapat jangkakan. Namun pengurusan kewangan untuk perkara tersebut harus diambil kira. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perlindungan harus anda miliki. Elakkan diri anda dari gejala berhutang dan penggadaian aset dan,wang simpanan anda untuk menyelesaikan masalah.


Walaupun kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, satu perkara yang pasti - tahun demi tahun segala-galanya akan menjadi mahal kerana inflasi. Kos sara hidup meningkat setiap tahun, dan simpanan anda mungkin tidak mencukupi untuk mengekalkan taraf hidup anda yang sedia ada semasa persaraan anda.


Simpanan melalui pemotongan gaji melalui EPF yang diwajibkan sahaja memang tidak mencukui. Sudah pasti anda sedia maklum tentang fakta yang berlaku dimana ramai rakyat Malaysia kehabisan wang KWSP dalam masa 3 tahun kerana tidak mempunyai rancangan kewangan yang kukuh. 



Terdapat banyak pihak sudahpun menyarankan untuk  membuat pelaburan dan simpanan dengan bijak untuk menghadapi inflasi dan kekangan kewangan pada masa hadapan.


Simpanan dan pelaburan mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang boleh membantu anda mendapatkan kebebasan kewangan. Secara idealnya, adalah mempunyai portfolio kewangan yang sihat mengandungi kedua-dua simpanan dan pelaburan untuk menyokong matlamat anda di pelbagai aspek.



Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang boleh dipilih oleh pelabur. Berikut tahap risiko bagi setiap jenis pelaburan. Lebih tinggi risiko, maka lebih tinggi pulangan yang boleh diperolehi.





Terdapat pelbagai aspek harus diambi kira sebelum melakukan sebarang pelaburan di jenis pelaburan yang dipilih.

Namun, pelaburan dalam Unit Amanah (Unit Trust) adalah merupakan pilihan yang paling ideal untuk para pelabur...


Mari teruskan untuk mengenali Unit Amanah




No comments:

Post a Comment

Leave your message