Pemilihan & Pengurusan Dana

Saya sebagai penasihat kewangan akan memberi nasihat dan cadangan kepada anda  mengenai pemilihan dana yang sesuai kepada anda mengikut portfolio anda dan anda juga berhak memilih dana yang anda ingini. Saya juga akan menyelia pengurusan pelaburan dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam mengurus pelaburan anda dari masa ke semasa. 

Berikut adalah perkara asas yg perlu diambil kira untuk menggandakan pelaburan anda.




Berikut adalah 3 perkara asas pemilihan pelaburan dana.



Adalah penting untuk mengetahui objektif pelaburan terlebih dahulu, sama ada inginkan pelaburan jangka masa pendek atau panjang, Menilai tahap risiko juga adalah sangat penting. Jenis dana yang berbeza mempunyai tahap risiko yang berbeza. 



Sebagai contoh: jika anda berani mengambil risiko, anda boleh melabur dalam dana risiko yang tinggi, seperti dana ekuiti yang mampu memberi purata pulangan dalam 15-30% setahun. Dalam dana Ekuiti sahaja terdapat banyak pilihan dana yang boleh dilaburkan



Penilaian risiko bagi sesuatu dana boleh dilihat dari factsheets sesuatu dana. Lagi tinggi tahap turun naik (volatility) sesuatu dana, maka lagi tinggi risiko perlu diambil kira. Tahap volatiity adalah ditentukan oleh pengurus sesuatu dana yang melabur di pelbagai aset dan sektor yang berbeza dan mempunyai objektif yang berbeza.


Selepas membuat keputusan yang jenis dana untuk melabur, para pelabur harus melihat prestasi lepas dana tersebut. Prestasi lepas harus dinilai dalam tempoh 1 tahun,3 tahun, 5 tahun dan semenjak ditubuhkan. Walaubagaimanapun, prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa depan, kita hanya dapat mengetahui keupayaan pengurus dana tersebut. 






Berikut adalah 3 perkara asas pengurusan pelaburan dana.


Pengagihan Pelaburan - Juga dikenali Distribution of Investment. Mempelbagaikan pelaburan di beberapa kelas aset sesuatu dana adalah sangat penting untuk mengurangkan risiko. Terdapat 3 jenis pertumbuhan sesuatu dana iaitu Conservative Growth, Moderate growth dan Aggressive Growth.

Melabur kepada satu dana sahaja atau melabur kesemuanya pada dana yang mempunyai pertumbuhan yang agresif sahaja akan terdedah kepada risiko yang  tinggi, Pengagihan pelaburan kepada beberapa kadar pertumbuhan yang berbeza sesuatu dana mampu mengurangkan risiko. Rujukan: Investment volatility


Pertukaran - Juga dikenali sebagai Switching. Semasa anda memegang sesuatu dana, penukaran dana dalam satu syarikat yang sama boleh dilakukan. Pertukaran dana adalah salah satu strategi dalam pelaburan Unit Amanah yang dikaitkan dengan keadaan pasaran.

Contoh: anda memegang dana ekuiti dan pasaran tidak stabil dan akan turun, anda boleh menukar dana ekuiti anda kepada dana bon untuk mengunci keuntungan anda. Dana bon adalah lebih stabil dan tidak akan terjejas teruk oleh pergerakan pasaran saham. Apabila pasaran saham adalah stabil dan meningkat, anda boleh menukar kembali dana bon anda kepada dana ekuiti.


 Beli dan Pegang - Juga dikenali Buy and Hold StrategySatu strategi pelaburan pasif di mana pelabur membeli saham dan memegang mereka untuk tempoh masa yang panjang, tidak kira turun naik pasara.





Mari teruskan untuk cara melabur




No comments:

Post a Comment

Leave your message