Private Retirement Scheme (PRS)


PRS (Private Retirement Schemes / Skim Persaraan Swasta) ialah satu skim pelaburan sukarela jangka panjang yang direka untuk membantu membuat simpanan untuk persaraan. Skim ini saling melengkapi caruman mandatori yang dibuat kepada KWSP (EPF).

Ahli-ahli yang mencarum kepada skim PRS akan mempunyai pilhan untuk memilih daripada pelbagai jenis dana untuk membuat pelaburan, berasaskan keperluan persaraan, matlamat dan keupayaan mereka menghadapi risiko. Individu atau majikan (mencarum bagi pihak pekerja) boleh turut serta sebagai pencarum PRS.



TERKINI: Bermula Januari 2014, pencarum yang berumur 20-30 tahun mendapat insentif tambahan sebanyak RM500 dari kerajaan untuk mendorong melakukan simpanan




Dengan skim PRS ini, pelabur mempunyai kebebasan untuk memilih dari dana dalam kedua-dua skim.


Para pelabur boleh memilih pendekatan sama ada dana tersebut ingin diuruskan oleh pakar atau ingin menguruskan dana dengan sendiri.


Jika ingin melakukan pengeluaran, hanya sebanyak 30% (Sub Akaun B) dari jumlah simpanan dapat dikeluarkan sekali setahun dengan caj tambahan 8% terhadap jumlah yang dikeluarkan. 70% (Sub Akaun A) dari jumlah simpanan dibekukan sehingga hari persaraan



Namun permintaan bagi pengeluaran Sub Akaun A boleh dibuat dalam keadaan berikut:


  • 1. Selepas hari ahli mencapai umur persaraan, pengeluaraan boleh dibuat secara sebahagian atau sepenuhnya
  • 2. Selepas kematian ahli, hanya pengeluaran penuh boleh dibuat
  • 3. Ahli meninggalkan Malaysia buat selama-lamanya, hanya pengeluaran penuh boleh dibuat



Terdapat 3 kaedah caruman boleh dilakukan


Anda akan mendapat pelepasan cukai sebanyak RM3000.00. Berikut adalah Pengiraan Pelepasan Cukai Individu
Nota: Maksimum pelepasan cukai untuk PRS bagi setiap tahun berakhir adalah RM3000.00

Penjelasan: 

Seorang individu yang berada di bawah kurungan cukai 19% dan menyumbang jumlah bersih sebanyak RM2,800 akan mendapat pelepasan cukai sebanyak RM2,800 dan menikmati penjimatan cukai sebanyak RM532 (19% x RM2,800). 

Jika individu itu berada di bawah kurungan cukai 24% dan menyumbang jumlah bersih sebanyak RM3,000, individu tersebut mendapat pelepasan cukai maksimum RM3,000 dan menikmati penjimatan cukai sebanyak RM720 (24% x RM3, 000).

Jika individu itu berada di bawah kurungan cukai 26% dan menyumbang jumlah bersih sebanyak RM5,000, individu tersebut mendapat pelepasan cukai maksimum RM3,000 dan menikmati penjimatan cukai sebanyak RM780 (26% x RM3, 000).


Kebaikan Private Retirement Schemes (PRS)

1. Pelaburan di dalam PRS dilindungi dari tuntutan pemiutang

2. Dapat memantau dan mengawal pelaburan. Boleh pilih dana yang sesuai dengan risiko-pulangan

3. Berpotensi pulangan lebih tinggi

4. Boleh mencarum dengan jumlah minimum RM50 pada bila-bila masa

5. Menggalakkan disiplin menabung melalui potongan gaji melalui majikan







No comments:

Post a Comment

Leave your message