Pelaburan menggunakan EPF Akaun 1

Para pelabur boleh membawa keluar duit EPF dan membuat simpanan jangka masa panjang dalam Unit Amanah. Tujuan pihak KWSP membenarkan untuk membuat pengeluaran dari baki akaun 1 ni adalah untuk menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan




Syarat-syarat yang Ditetapkan
  • Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1
  • Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
  • Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual dibawah.


Contoh Pengiraan Kelayakan
Ahli
Umur
Simpanan di dalam Akaun 1 (RM)
Simpanan Asas
(RM)
Pengiraaan: Simpanan Akaun 1 - Simpanan Asas x 20%
Kelayakan Ahli
A
22
4,000
7,000
-
Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.
B
22
8,000
7,000
(8,000 - 7,000) x 20% = RM200
Ahli tidak layak memohon. Amaun kelayakan minimum kurang RM1,000.
C
25
20,000
13,000
(20,000 - 13,000) x 20% = RM1,400
Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM1,400.
D
40
60,000
69,000
-
Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.
E
45
120,000
102,000
(120,000 - 102,000) x 20% = RM3,600
Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM3,600.

Anda boleh semak baki akaun anda di Kiosk RHB terdekat dengan menggunakan Mykad atau secara online.

Pendaftaran KWSP-i boleh dilakukan dengan activation number diperolehi dari KIosk RHB Terdekat atau menelefon EPF Call Centre 03-89226000



No comments:

Post a Comment

Leave your message