Terdapat 2 cara utama pulangan dari Unit Amanah iaitu pengembangan modal dan menjana dividen. Pengembangan modal unit amanah belaku apabila Nilai portfolio meningkat diikuti Nilai unit menjual ini pada Harga yang lebih tinggi daripada Harga semasa membelinya
Sebaliknya apabila Nilai portfolio menurun, maka Nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna sudah rugi kerana ada peluang bagi Harga unit naik semula. Kadangkala ia bergantung kepada strategi pelaburan. Kejatuhan Harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit baru dan menambah pelaburan unit amanah.
Apabila dana unit trust mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan yang dibuat, maka pendapatan ini diagih kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana itu hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupon tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen
Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung kepada kemampuan dana berbuat demikian. Walaupun begitu, setiap syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividen pada setiap tahun. Tetapi, tidak semestinya dividen dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.
No comments:
Post a Comment
Leave your message