Perincian Pengurusan Dana


Pengagihan Pelaburan - Juga dikenali Distribution of Investment. Mempelbagaikan pelaburan di beberapa kelas aset sesuatu dana adalah sangat penting untuk mengurangkan risiko. Terdapat 3 jenis pertumbuhan sesuatu dana iaitu Conservative Growth, Moderate growth dan Aggressive Growth.

Melabur kepada satu dana sahaja atau melabur kesemuanya pada dana yang mempunyai pertumbuhan yang agresif sahaja akan terdedah kepada risiko yang  tinggi, Pengagihan pelaburan kepada beberapa kadar pertumbuhan yang berbeza sesuatu dana mampu mengurangkan risiko. Rujukan: Investment volatility


Pertukaran - Juga dikenali sebagai Switching. Semasa anda memegang sesuatu dana, penukaran dana dalam satu syarikat yang sama boleh dilakukan. Pertukaran dana adalah salah satu strategi dalam pelaburan Unit Amanah yang dikaitkan dengan keadaan pasaran.

Contoh: anda memegang dana ekuiti dan pasaran tidak stabil dan akan turun, anda boleh menukar dana ekuiti anda kepada dana bon untuk mengunci keuntungan anda. Dana bon adalah lebih stabil dan tidak akan terjejas teruk oleh pergerakan pasaran saham. Apabila pasaran saham adalah stabil dan meningkat, anda boleh menukar kembali dana bon anda kepada dana ekuiti.


 Beli dan Pegang - Juga dikenali Buy and Hold StrategySatu strategi pelaburan pasif di mana pelabur membeli saham dan memegang mereka untuk tempoh masa yang panjang, tidak kira turun naik pasaran.


----Tambahan----


Mengimbangi semula portfolio - Juga dikenali Portfolio Re-Balancing merupakan proses mengimbangi semula portfolio anda ke dalam campuran yang bersesuaian dari saham, bon dan wang tunai apabila mereka tidak lagi sesuai dengan rencana anda.

Contoh: 

Anda mula melabur 50% dalam ekuiti dan 50% dalam dana pendapatan tetap. 1 tahun kemudian, pelaburan ekuiti anda meningkat dan kini portfolio anda terdiri daripada 80% ekuiti dan 20% dana pendapatan tetap. Untuk mengimbangi semula portfolio anda, anda perlu menjual 30% daripada jumlah dana anda dalam ekuiti dan melabur dalam dana pendapatan tetap supaya portfolio dikekalkan. 

Ini merupakan prinsip yang mudah untuk membeli rendah dan menjual tinggi.



Pemurataan Kos Ringgit - Juga dikenali Ringgit Cost Averaging adalah kaedah pelaburan dengan melabur satu amaun tetap ke dalam instrumen pelaburan (saham, unit trust) dalam satu jangkamasa yang ditetapkan tanpa mengira harga semasa instrumen pelaburan tersebut.. KLIK SINI

Contoh:


No comments:

Post a Comment

Leave your message