Perbandingan Pelaburan ASB dengan Unit Amanah

Mungkin ramai rakyat Malaysia yang sudah mengenali dan memahami Amanah Saham Bumiputera tetapi ramai yang masih kurang faham mengenai pelaburan ekuiti berasaskan Dana Unit Amanah.

Berikut adalah sedikit perbandingan antara ASB dan Dana Ekuiti berasaskan Unit Amanah untuk membantu pemahaman para pelabur.
http://malaysiaunitamanah.blogspot.com/p/pengenalan-unit-amanah.html





Perbandingan ASB Dana Ekuiti (Unit Trust)
Harga Unit Harga unit dalam ASB adalah tetap iaitu RM1.00 seunit. Ini bermakna jika anda melabur RM1000 dalam ASB, anda akan memperolehi pulangan 1000 unit dalam akaun anda. Selepas 20 tahun, 1000 unit yang anda miliki itu dijual dengan harga RM1.00/unit juga. Dengan harga unit yang tetap, pelabur tidak perlu risau  tentang bilakah masa yag sesuai untuk menebus atau menjual balik unit miliknya. Harga Unit Trust boleh berubah-ubah berasaskan Nilai Aset Bersih harian sesuatu dana. Biasanya bila harga di Pasaran Modal atau Stock Market menaik, maka harga unit dalam Unit Trust juga turut akan meningkat naik. Katakanlah sebagai contoh anda Melaburkan RM1000 ke dalam satu dana dengan harga semasa (NAB~Nilai Aset Bersih) RM0.50  seunit, anda akan memperolehi pulangan 2000 unit dalam akaun. Katakanlah 20 tahun kemudian, harga seunit telah meningkat kepada RM1.00 seunit, dan anda mendapat pulangan sebanyak RM2000 hasil jualan balik 2000 unit yang telah anda miliki. Pelabur harus memahami bahawa harga unit semasa jual berkemungkinan juga menjadi lebih rendah berbanding harga belian. Bagaimanapun risiko ini dapat diatasi apabila anda melaksanakan 'Pemurataan Kos Ringgit' atau melabur dalam tempoh yang lebih panjang.
Dividen + Bonus Setiap tahun, ASB akan mengumumkan pengagihan dan bonus (juka ada). Untuk tahun 2012, ASB telah mengagihkan pulangan sebanyak 8.9%, antara yang pulangannya yang tertinggi. Pelabur boleh memilih untuk melabur semula dengan membeli lagi unit ASB atau mengeluarkan pengagihan tersebut. Kebanyakan Dana Unit Trust mengisytiharkan dividen setiap tahun. Dividen adalah berbeza antara satu dana dengan dana yang lain. Biasanya kadar dividen adalah antara 1%-10% bergantung dengan prestasi sesuatu dana. Ada kemungkinan juga dividen tidak akan diistiharkan jika harga pasaran saham menurun. Dividen yang diisytiharkan kebiasaannya akan dilaburkan semula melalui pembelian unit baru dari dana tersebut.
Purata Pulangan tahunan Purata pulangan tahunan bagi ASB adalah 8.82% setahun sejak 3 tahun yang lepas. Purata pulangan Dana Unit Amanah (syariah) adalah 12% setahun sejak 3 tahun lepas. Pelabur mesti faham bahawa semakin lama ia melabur, semakin tinggi potensi pulangan yang bakal diperolehi kerana kebiasaannya dana akan memberikan pengagihan tahunan dalam bentuk pembelian unit baru tanpa sebarang kos.
Kebebasan Dana Seperti pada 31 Dis 2013, ASB telah menguruskan dana berjumlah RM110 billion. Sebagai contoh, 22.92% dari dana ASB telah dilaburkan ke dalam institusi-institusi kewangan termasuk Maybank, CIMB, Public Bank dan RHB. Jika ASB memutuskan untuk menjual semua sahamnya dalam institusi tersebut, akan menyebabkan harga saham dalam institusi tersebut akan jatuh. Suka atau tidak, ASB sudah tentu terikat dengan kewajipannya untuk terus melabur dalam institusi berkenaan bagi mamastikan kestabilan harga saham institusi berkenaan.  Biasa saiz dana unit amanah adalah sekitar antara RM10juta sehingga RM500juta. Dengan pengurusan dana yang bersaiz kecil, Pengurus dana mampu melaksanakan belian dan jualan saham tanpa memberi kesan kepada saham syarikat kewangan berkenaan. Kebebasan dalam transaksi pelaburan akan dapat mengelakkan kerugian dana unit amanah semasa pasaran saham sedang menurun. Hal ini juga menjelaskan kepada kita kenapa dana unit amanah memberikan prestasi pulangan yang sangat baik semasa pasaran saham bergerak positif.                                                      
Kestabilan  Melabur dalam ASB dapat memberikan kebebasan minda kepada kebanyakan pelabur. Walaupun dalam kelemahan pasaran, ASB tetap mengumamkan dividen kepada para pelaburnya sebagaimana yang berlaku pada tahun 2008 dan 1998. Dengan harga unit yang tetap (RM1/unit), pelabur tidak perlu risau kerana walau apapun keadaan pasaran, mereka tetap dapat menebus balik unit yang mereka pegang dengan harga RM1/unit.  Sebagaimana dijelaskan sebelum ini, harga unit dalam ekuiti yang berteraskan unit amanah adalah berbeza-beza mengikut keadaan pasaran.Perubahan turun naik ini adalah menjadi salah satu sebab mengapa kebanyakan pelabur 'takut' untuk melabur dalam unit amanah.
Had Pelaburan  Had  maksima bagi setiap pelabur adalah sebanyak RM200,000.00 sahaja.  Tiada had ditentukan kepada setiap pelabur. Mereka boleh melabur seberapa banyak yang ia mahu. Sesuatu dana akan dihentikan jualan unitnya apabila telah mencapai had yang telah ditetapkan.
Yuran Pengurusan Tahunan  Yuran pengurusan tahunan untuk ASB adalah 0.35% untuk tahun kewangan 2012.  Yuran pengurusan tahunan untuk dana ekuiti berasaskan unit amanah adalah sekitar 1% - 2% setahun.
Yuran Belian  Tiada yuran  Antara 1% - 5.5% bergantung kepada jenis dana.
Pematuhan syariah  Masih belum ada ketetapan sama ada ASB menepati syariah atau tidak.  Penentuan sesuatu dana itu patuh syariah atau tidak adalah jelas dan telah ditentukan dalam prospektus dana.
Pengeluaran KWSP  Pelaburan ASB tidak boleh dibuat melalui skim pengeluaran pelaburan KWSP.  Sebahagian dana unit amanah dibenarkan dibawah skim Pengeluaran Pelaburan KWSP di mana pencarum boleh membuat pelaburan ke dalam dana unit amanah dari wang caruman KWSP mereka mengikut kelayakan umur.
Siapa boleh melabur? Hanya dibuka untuk bumiputera sahaja.   Terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan pelabur luar
Siapa patut melabur?  Pelabur yang mementingkan kestabilan dan pulangan yang konsisten sekitar 7% - 9% setahun.   Pelabur yang sanggup mengambil risiko untuk mencapai pulangan yang lebih tinggi sekitar 10% - 20% setahun. (Setelah ditolak yuran pengurusan tahunan, bergantung kepada tempoh pelaburan)
Potensi Pulangan  Contoh pengiraan; Contoh pengiraan;
Pulangan tahunan ASB : 8.5% Ptrulangan tahunan unit trust : 12%
Pelaburan permulaan : RM10000.00 Jumlah pelaburan : RM10000.00
Penambahan bulanan : RM200.00 Simpanan bulanan : RM200.00
Pulangan selepas 20 tahun:RM177,094.20 Pulangan selepas 20 tahun: RM290,139.90








No comments:

Post a Comment

Leave your message