Ringgit Cost Averaging

Ringgit Cost Averaging (RCA) adalah kaedah pelaburan dengan melabur satu amaun tetap ke dalam instrumen pelaburan (saham, unit trust) dalam satu jangkamasa yang ditetapkan tanpa mengira harga semasa instrumen pelaburan tersebut.
Melalui RCA, lebih banyak unit akan dibeli ketika harga instrumen pelaburan rendah dan semakin sedikit akan dibeli ketika harga instrumen pelaburan naik. Dengan itu, harga purata keseluruhan unit yang dibeli adalah lebih rendah berbanding kalau dibeli pada satu masa dengan jumlah pelaburan yang sama.
RCA mengurangkan risiko kerana jumlah yang dilaburkan adalah kecil setiap bulan dan sekalipun harga unit jatuh pada bulan hadapan, pelabur masih lagi mempunyai dana dan dapat mengurangkan harga purata unit pelaburan yang dipegangnya.

No comments:

Post a Comment

Leave your message