Sesuatu perkara memang kita tidak dapat jangkakan. Namun pengurusan kewangan untuk perkara tersebut harus diambil kira. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perlindungan harus anda miliki. Elakkan diri anda dari gejala berhutang dan penggadaian aset dan,wang simpanan anda untuk menyelesaikan masalah.
Walaupun kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, satu perkara yang pasti - tahun demi tahun segala-galanya akan menjadi mahal kerana inflasi. Kos sara hidup meningkat setiap tahun, dan simpanan anda mungkin tidak mencukupi untuk mengekalkan taraf hidup anda yang sedia ada semasa persaraan anda.
Simpanan melalui pemotongan gaji melalui EPF yang diwajibkan sahaja memang tidak mencukui. Sudah pasti anda sedia maklum tentang fakta yang berlaku dimana ramai rakyat Malaysia kehabisan wang KWSP dalam masa 3 tahun kerana tidak mempunyai rancangan kewangan yang kukuh.
Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang boleh dipilih oleh pelabur. Berikut tahap risiko bagi setiap jenis pelaburan. Lebih tinggi risiko, maka lebih tinggi pulangan yang boleh diperolehi.
No comments:
Post a Comment
Leave your message